Sunday, November 1, 2015

Birthday Abah yang ke 80



BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمَيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِيْنَ 
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَاللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مُبَارَكاً مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مُبَارَكاً مَعْصُوْمَا وَلاَ 
تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَحْرُوْمًا
 رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ المَصِيْرُ,اللَّهُمَّ طَوِّلْ أَعْمَارَنَا وَصَحِّحْ أَجْسَادَنَا وَثَبِّتْ إِيْمَانَنَا وَوَسِّعْ أَرْزَاقَنَا وَحَسِّنْ أَخْلاَقَنَا وَنَوِّرْ قُلُوْبَنَا بِرَحْمَتِك يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن َ.
Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran  ayahanda Jemaat Dasuki yang dikasihi, Kau Panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang bahagia dan berjaya

Ya Allah Ya Tuhanku...Bukakanlah kepadanya pintu kebajikan,pintu berkat,pintu nikmat,pintu rezeki,pintu kesihatan,pintu keselamatan,pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat.Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah ...jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarganya.

Ya Allah...tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah.Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya.Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat.Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya.


Ya Allah Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik,terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu, Perbaikkanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama, dunia dan akhirat. Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu.

Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari dirinya dengan cahaya Nur Mu dalam hatinya,telinganya,matanya ,mukanya, belakangnya,atas dan bawahnya,urat sarafnya,dan pada darahnya,serta dagingnya,rambutnya  lidahnya serta kaki tangannya dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranNya dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Pelindung.

Ya Allah,Ampunilah segala dosa2 beliau dan kedua ibubapanya,  serta keluarganya terutamanya bonda kami, Jabaayah Hashim yang dikasihi yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami, dan semua teman2 nya dan muslimin muslimat...kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.

Ya Allah..hambaMu ini mengakhiri permintaan ku ini..dengan permintaan semoga Kau
kurniakan segala kebahagiaan,kejayaan,kekayaan dan keindahan kepada beliau di dunia dan akhirat. Kau Jadikan beliau hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu

Aamin. Ya Robbal Alamin